Idea penubuhan Bajanas tercetus sewaktu dunia dilanda pandemik. Kesukaran dari segi faktor kewangan mencetuskan idea kreatif dari pemilik syarikat untuk membuat baja organik 100% dari kulit pisang yang pada awalnya hanya untuk edaran dan belian dari jiran tetangga. Sehingga akhirnya Bajanas tersebar ke seluruh negara.